Ada Katak Kering Dan Paku Berkarat Andi Bernadee Jadi Mangsa Sihir

Siapa sangka, penyanyi yang popular menerusi lagu Donde, Andi Bernadee mendedahkan dirinya menjadi mangsa dengki dan sihir daripada manusia yang tidak bertanggungjawab.

Andi Bernadee atau nama sebenarnya Andi Azrul Andi Mapangile, 30, sempat berkongsi sebuah video yang dimuat naik menerusi akaun instagram miliknya lewat malam semalam.

“Ini bukan kali pertama saya kena sihir. Saya penat merasa kesakitan yang dahsyat sekitar dua tiga tahun lalu. Hinggakan saya terpaksa pergi berubat di Jogjakarta, Indonesia.”

Menurut Andi, serangan kali ini membuatkan beliau susah untuk melelapkan mata dan seringkali berjaga pada waktu malam. Malah, beberapa hari lepas beliau difahamkan termakan benda kotor yang diletakkan didalam makanan sehingga rakan serumah beliau terpaksa memanggil seorang ustaz untuk mengubati nya.

“Rakan serumah memaklumkan saya meraung dan memekak tak ingat dunia. Ustaz memaklumkan wanita yang dimaksudkan pernah bekerja dengan saya. Cuma, tidak dijelaskan sama ada di kalangan artis atau sebaliknya.

“Ustaz akan datang berubat ke rumah selama tiga hari. Setakat ini, insya-Allah saya semakin okay,” katanya.

Pelakon drama Melastik Ke Hatimu ini juga berkata, beliau bukanlah seorang yang gemar bersosial dan lebih memilih untuk menghabiskan masa di rumah.

Namun, apa yang terjadi ini dianggap sebagai salah satu ujian dari Allah buat dirinya yang turut berkongsi bahawa perbuatan khianat ini datangnya dari seorang wanita.

Difahamkan, buat masa sekarang Andi tidak dapat menerima sebarang panggilan atau temu ramah dari wartawan berkenaan isu ini apabila beliau dilihat memuat naik satu hantaran menerusi Instagram story miliknya beberapa minit yang lalu.

Post a Comment

Previous Post Next Post