Michael Ang kecam pendakwah muda

Pengarah Michael Ang hairan dengan sikap sesetengah pendakwah yang gemar mengulas perihal artis.

Ang, 44, berkata pendakwah seharusnya bersikap adil dan tidak menyembunyikan kelakuan buruk rakan-rakan mereka.

“Aku tidak faham Pencetus Ummah (PU) ini bila bab artis buat sesuatu benda cepat sahaja mereka mahu komen. Sebab apa? Cepatlah mereka popular.

“Aku tidak faham bila seangkatan mereka senyap sahaja. Pasal PU tunjuk bebird [burung] diam sahaja. Cerai isteri masa mengandung senyap sahaja. 

“Dituduh merogol pun senyap sahaja. Tetapi bila pasal artis ada sahaja mereka hendak cakap. Tidak faham aku. 

“Kalau hendak cepat popular buatlah sesuatu yang betul-betul baik seperti Ebit Lew,” katanya menerusi video yang dimuatkan di Instagram.

Pengarah filem Sweet Dreams mengulas pandangan PU Rahmat yang menegur lamaran terbuka pelakon Kamal Adli terhadap Uqasha Senrose. 

Pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa menerima lamaran Kamal ketika berada di pentas MeleTop pada Ahad. 

PU Rahmat dalam satu kiriman di Facebook pada Isnin menegur lamaran Kamal yang disifatkan tidak selari dengan anjuran Islam. 

Post a Comment

Previous Post Next Post