Selepas membeli kereta Mercedes-Benz GLC 200 sebagai hadiah untuk diri sendiri, penyanyi dan komposer, Haqiem Rusli, 21, menunaikan hasrat ibunya pula, Nazrah Ahmad Nordin untuk memiliki kereta baharu jenis Proton X70 yang dianggarkan bernilai RM122,800.
Haqiem berkongsi foto dia bersama ibunya di samping kereta berkenaan yang berwarna merah di Instagram Story dengan kapsyen ringkas, suka emak dapat kereta baru.
Menurut Haqiem, ibunya sudah menyatakan hasrat ingin memiliki kereta baharu sejak awal tahun ini lagi. Namun, hanya sekarang kereta tersebut baru dapat dimilikinya.
“Saya dan ibu, berkongsi wang membelinya bersama-sama. Sebenarnya saya tak mahu heboh tentang cerita baru ini. Tetapi bila sudah ditanya saya okay saja, cuma kalau nak tahu dibeli secara tunai atau tidak, biarlah rahsia,” jelas penyanyi Tergantung Sepi itu.
Menurut Haqiem, dia akan berusaha menggembirakan ibunya, apatah lagi kereta tersebut telah menjadi idaman ibunya agak lama untuk dimiliki