Tegar jadi bapa muda

Penyanyi Tegar Septian, 19, kini bergelar bapa di usia muda apabila isterinya, Sarah Sheilka, 23, selamat melahirkan bayi lelaki, baru-baru ini.

Khabar gembira itu dikongsinya di Instagram Story menerusi perkongsian semula foto dimuat naik teman terdekatnya yang mengucapkan tahniah kepada pasangan itu.

Dalam foto berkenaan, penyanyi Aku Yang Dulu, Bukanlah Yang Sekarang itu kelihatan ceria di samping bayinya. Bagaimanapun, Tegar belum mengumumkan nama anaknya itu. 

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 20 Mac lalu di sini. Keputusannya mengejutkan pelbagai pihak terutama peminatnya apabila memilih untuk berkahwin pada usia semuda itu.

Tidak lama selepas itu, dia kemudian mengumumkan isterinya hamil. Ternyata dia sangat teruja untuk menimang cahaya mata pertama mereka.

Tegar yang berasal dari Subang, Indonesia melakar sejarah tersendiri kerana memulakan karier nyanyian sebagai penyanyi jalanan pada usia 11 tahun sebelum menjadi penyanyi terkenal.

Usaha kerasnya dalam nyanyian berjaya mengubah kehidupan keluarganya yang sebelumnya hidup miskin.

Bagaimanapun dia kemudian hidup miskin semula, manakala ibunya kembali menjadi pengemis jalanan selepas dilaporkan menjadi mangsa penipuan.

Post a Comment

Previous Post Next Post