
Erra Fazira gementar dan tidak sabar menjalani ibadah haji.
Penyanyi Erra Fazira teruja terpilih menunaikan haji Ogos ini selama dua minggu tanpa ditemani mahram.
Menyimpan hasrat menjadi tetamu Allah lima tahun lalu, pelakon filem Sembilu bersyukur dijemput menunaikan rukun Islam kelima ketika masih diizinkan, lapor mStarOnline.
“Alhamdulillah akhirnya saya dipanggil ke sana. ini kali pertama saya tunaikan haji, saya pergi seorang diri. Maklumlah tiada mahram,” katanya.
Mengaku gementar dan tidak sabar menjalani ibadah haji, Erra menghadiri kelas untuk memantapkan kefahaman dan persediaannya ke tanah suci kelak.
“Iyalah benda baik kan. Perjalaan saya menuju Tuhan. Saya ada hadiri kelas berkaitan haji, bertanya dengan orang yang pernah pergi dan banyakkan membaca.
“Insya Allah semoga semuanya dipermudahkan,” kata ibu tunggal anak satu berusia 45 tahun.