Scha, Awal mahu fokus perniagaan




Tiada rezeki bakal menambah bilangan ahli keluarga dalam waktu terdekat ini, pelakon dan pengacara, Scha Alyahya tidak mahu terlalu memikirkan mengenai perkara itu sebaliknya akan cuba memberi fokus terhadap perkara lain.

Scha, 36, berkata, mengikut perancangan dia mahu hamil tahun ini namun sehingga hari ini belum ada tanda ke arah itu lagi.

"Kalau diikutkan perancangan saya mahu mengembangkan keluarga tetapi masih belum ada rezeki. Masa pun hampir hujung tahun jadi saya tidak mahu terlalu memikirkannya.

"Justeru, saya dan suami, Awal Ashaari mahu fokus kepada perniagaan kami. Insya-Allah jika tiada halangan September ini kami akan menghadiri minggu fesyen di beberapa ibu kota terkemuka dunia seperti New York, Milan, Paris dan Hong Kong," katanya ketika ditemui pada majlis sambutan hari lahir anak tunggalnya, Lara Alana yang kelima tahun.

Berkongsi mengenai Lara, Scha berkata, anaknya tidak pernah meminta adik kepadanya tetapi lebih kepada mahu mempunyai teman bermain.


"Lara tidak pernah cakap hendak adik mungkin dia belum faham untuk minta adik-beradik, tetapi dia teringin kawan untuk bermain.

"Namun begitu, saya tidak pasti jika dia boleh terima atau tidak andai satu hari sudah ada adik maklumlah sudah lima tahun dia berseorangan, tetapi perkara ini kita akan cuba fahamkan dia.

"Sebab itu Allah beri mengandung sembilan bulan untuk kita perlahan-lahan fahamkan mereka mengenai perkara ini," katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post