Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 2010 itu mempunyai sepasang cahaya mata iaitu Eva Medina dan Adam Musa.
Penyanyi dan pengacara, Hunny Madu menolak daripada mengulas sebarang komen berhubung isu rumah tanggga dengan suaminya, Khairul Azhar Abdul Wahid.
Hunny atau nama sebenarnya, Hani Farhana Mohd. Hatim berkata, biarlah perkara tersebut tidak diperkatakan dahulu buat masa ini.
Dia berjanji akan berkongsi situasi sebenar apabila tiba masanya kelak.
“Maaf saya tidak boleh memberi sebarang komen tentang hal tersebut.
“Harap anda semua boleh menghormati privasi saya sekeluarga buat masa sekarang,” katanya kepada Kosmo! selepas sidang akhbar LG Futuristic Innovations di Hotel New World, Petaling Jaya, Selangor sebentar tadi.
Terdahulu, hubungan antara pelantun lagu Thank You Very Much (TKVM) itu dengan suami mula diperkatakan peminat apabila sudah tidak memuat naik gambar bersama terutama pada sambutan Hari Raya Aidilifitri yang lalu.
Kali terakhir pasangan itu dilihat merakam gambar bersama adalah pada sambutan hari lahir anak sulung mereka pada awal Januari lepas.
Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 2010 itu mempunyai sepasang cahaya mata iaitu Eva Medina, 7, dan Adam Musa, 2.