Zahirah MacWilson, Aiman Hakim Redza selamat bertunang




Zahirah MacWilson selamat mengikat tali pertunangan dengan kekasih hatinya yang juga pelakon Aiman Hakim Redza pagi tadi. Foto oleh @creativechamber

Pelakon Zahirah MacWilson selamat mengikat tali pertunangan dengan kekasih hatinya yang juga pelakon Aiman Hakim Redza, pagi tadi.

Zahirah atau nama sebenarnya, Nur Zahirah MacWilson Zainol, 24, melangsungkan majlis pertunangan dengan Aiman, 30, di Perth, Australia.

Berita gembira itu dikongsikan pelakon drama Curi-Curi Cinta itu menerusi Instagram miliknya.

“Engaged (Bertunang) #Alhamdulillah,” tulisnya.

Pasangan itu difahamkan menjalin hubungan cinta sekitar penghujung tahun lalu selepas masing-masing berkongsi gambar bersama di Instagram. -

Post a Comment

Previous Post Next Post