Masalah saraf Aaron Aziz dah okay




Pelakon popular Aaron Aziz menafikan dakwaan segelintir pihak dia mahu mengurangkan babak aksi dan lasak dalam filem kerana pernah mengalami masalah saraf sebelum ini.

Aaron, 43, berkata, masalah saraf membabitkan urat di bahu kirinya itu sejak empat tahun lalu sudah pulih sekarang.

“Alhamdulillah, ia sudah okay dan saya tidak ada masalah untuk berlakon dalam cerita aksi. Cuma saya tidak boleh mengangkat besi atau barang berat bimbang ia akan berulang kerana usia pun sudah meningkat,” katanya.

Menurut Aaron, dia memang meminati filem genre aksi sejak dulu dan percaya masih ada cara untuk melakonkan babak aksi dalam filem tanpa mengakibatkan kecederaan.

“Saya boleh menggunakan khidmat pelakon lagak ngeri untuk melakonkan babak aksi seperti jatuh dari tempat tinggi dan babak lasak lain.

“Kalau setakat babak aksi ringan seperti bertumbuk dan sepak terajang, saya boleh melakukannya tanpa bantuan pelakon lagak ngeri,” katanya yang bakal terbabit dalam filem terbaru tidak lama lagi.

Post a Comment

Previous Post Next Post