Adira Suhaimi tak pernah beraya dengan madu




Walaupun tidak pernah berkunjung ke rumah madu setiap kali Aidilfitri, tetapi ia bukanlah sebab penyanyi, Adira Suhaimi tidak berbaik dengan madunya itu.

Adira yang isteri kepada Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red berkata, dia lebih selesa tidak mengambil tahu mengenai keluarga madunya itu.

“Saya tidak ada masalah dengannya, tetapi saya lebih memilih untuk tidak ambil tahu akan kehidupannya. Sejak berkahwin dengan Datuk Red saya memang tidak pernah berkunjung ke rumah madu apatah lagi pada Aidilfitri.

“Saya tidak mahu ambil tahu atau kacau kehidupannya. Insya-Allah hubungan kami baik-baik saja dan tidak pernah bergaduh,” katanya yang meraikan Aidilfitri di kampung halamannya di Ranau, Sabah.

Bercerita mengenai Aidilfitri, Adira berkata, nasi adalah makanan wajib yang perlu ada.

Katanya, dia serik apabila melalui pengalaman pahit berikutan terlalu banyak makan kuih raya.

“Setiap kali hari raya, nasi adalah makanan wajib yang saya cari. Cukuplah sekali saya melalui pengalaman sakit perut yang teruk akibat terlalu banyak makan kuih raya.

“Sepanjang hari itu, saya asyik keluar masuk tandas saja sehinggakan tidak dapat ikut keluarga keluar beraya,” katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post