Hannah Delisha elak cinta lokasi




Walaupun sering digandingkan dengan hero kacak, Hannah Delisha enggan terjebak cinta lokasi. Hannah, 23, berkata, sebagai pelakon dia perlu bijak membahagikan antara kerja dan peribadi.

Katanya, tiada istilah cinta lokasi dalam kamus hidupnya dan seboleh-bolehnya dia mahu mengelak apatah lagi jika bergandingan dengan pelakon bergelar suami orang.

“Mungkin ada segelintir pelakon tidak kisah dengan cinta lokasi, tapi seboleh-bolehnya saya akan mengelak. Saya bimbang ia akan mengganggu kerja kerana perkara ini membabitkan emosi dan perasaan. Lagipun saya masih muda, sibuk dengan kerja dan tidak terfikir lagi soal cinta,” katanya.

Menerusi drama terbaru lakonannya berjudul 30 Pesanan Suara yang sedang ditayangkan di TV3, Hannah bergandingan dengan Shukri Yahaya.

“Saya sudah berlakon dengan ramai pelakon lelaki dan setakat ini tidak ada masalah dan masing-masing bersikap profesional. Habis kerja saya pulang ke rumah, tidak ada berhubung atau melepak. Jika berhubung pun lebih kepada berbicara soal watak saja,” katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post