Dynas Mokhtar bersalin Jumaat lalu




Dynas dan suami sambut kelahiran anak pertama mereka pada Jumaat lalu.

Pelakon dan pengacara Dynas Mokhtar memberitahu dia dan suaminya, Muhammad Syazrik Che Mohd Din menyambut kelahiran bayi sulung mereka pada Jumaat lalu.

Dynas, 36, juga meluahkan rasa syukur apabila mereka dikurniakan cahaya mata lelaki.



Dynas melahirkan bayi lelaki pada Jumaat lalu.

"Ketentuan Illahi... Alhamdulillah. MasyaAllah seorang bayi lelaki untuk kami. Kami sihat. #170519 #LilP #Rikdy," kata Dynas.

Pelakon drama Susuk itu hanya memuat naik foto tapak tangannya bersama suami dan bayi mereka di laman Instagram miliknya pada Ahad.

Rata-rata netizen dan selebriti tempatan antaranya Zarul Umbrella, Eyra Hazali dan Siti Elizad mengucapkan tahniah kepada Dynas sekeluarga.



Dynas sekeluarga terima kehadiran orang baharu.

Dynas dan suaminya yang juga ahli perniagaan mendirikan rumah tangga pada 21 April tahun lalu di kediaman keluarganya di Shah Alam.

Pengacara program realiti Dewi Remaja itu mempunyai dua anak iaitu Khyra Khalyssa, 9, dan Mohamed Haqaish, 7, menerusi perkahwinan terdahulu.

Post a Comment

Previous Post Next Post