Dayana Roza mesra mat rempit




Dayana akan membintangi sebuah filem sukan kereta lasak bertajuk Marabahaya Underground.

Pelakon Dayana Roza mendedahkan dia tidak kisah sekiranya didekati golongan mat rempit.

Enggan skeptikal terhadap mat rempit, Dayana atau nama sebenarnya Dayana Kamsun Baharin, 29, berkata, golongan itu tidak sepatutnya dilabel sebagai jahat oleh umum.

Menurut Dayana, sejak menyertai Spark Malaysian Club (Spark) dia mula menyedari keistimewaan golongan itu terutama dalam erti persahabatan.

"Saya tidak kisah untuk berkawan dengan sesiapa sahaja termasuk golongan mat rempit. Saya tidak pernah mempunyai pengalaman buruk sepanjang bergaul dengan mereka.

"Hubungan persahabatan antara mereka umpama kawan sampai mati," katanya ketika ditemui di pengumuman pelakon filem Marabahaya Underground di Movie Animation Park Studios (MAPS) Ipoh baru-baru ini.

Mengulas mengenai filem Marabahaya Underground, Dayana memberitahu, ini adalah kali pertama dia akan terlibat dalam sebuah filem sukan kereta lasak.

"Saya hanya perlu membuat persediaan fizikal memandangkan penggambaran dijangka sekitar Ramadan dan dilakukan di Perak," katanya.

Selain Dayana, turut membintangi filem tersebut ialah Akim Ahmad, Hazama dan Alvin Chong.


Post a Comment

Previous Post Next Post