Dah boleh komen Instagram Aliff Aziz




Pelakon dan penyanyi Aliff Aziz kembali membuka ruangan komen di Instagram miliknya selepas hampir dua bulan menutup ruang itu selepas berterusan menerima kecaman netizen berikutan kontroversi rumah tangganya dengan isteri, Bella Astillah.

Rata-rata netizen tidak melepaskan peluang untuk meninggalkan komen pada foto terbarunya yang masih menyentuh mengenai kisah rumah tangganya.

Ibu Aliff, Siti Hafiza antara yang terus memberikan komen positif sebagai tanda sokongannya terhadap Aliff.

“Alhamdulillah syukur! Rezeki Allah itu luas anakku. Jika ramai yang mengeji, yakinlah lebih ramai yang berhati mulia dan sentiasa memaafi, menasihati dan menyokong. Kerana mereka juga insan yang tidak sempurna. Bangkit dengan hati yang tawakal pada-Nya,” tulisnya.

Pada masa sama, Siti Hafiz tidak kisah jika netizen menegur anaknya itu atas dasar prihatin dan menghargai setiap nasihat mereka.

“Menegur itu sangat-sangat digalakkan tapi seperti mana ‘aunty’ pernah kongsi, niat tidak menghalalkan cara dan apa yang hendak dikongsikan oleh sesiapa pun atas bahu mereka sendiri.

“Mudah-mudahan kita lebih prihatin apabila mahu menegur insan lain kerana pastinya kita sendiri tidak sempurna. Wallahualam. Saya hargai komen anda dengan mengucapkan terima kasih,” katanya.

Selepas kontroversi dia dikatakan menjalin hubungan dengan pelakon Oktavia Manrose pada Mac lalu, penyanyi Sayang Sayang itu bertindak menutup ruangan komen selain tidak aktif di Instagram.

Perkara itu didedahkan Bella pada 27 Februari lalu.

Pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia dua tahun.

Post a Comment

Previous Post Next Post