Wany Hasrita jadi takut, fobia menyanyi live dalam program TV




Wany dapat semula keyakinan semula membuat persembahan secara langsung selepas enam bulan.

Penyanyi Wany Hasrita memberitahu dia mengambil masa beberapa bulan bagi mendapatkan semula keyakinan untuk membuat persembahan secara langsung di televisyen.

Menurut Wany, 27, dia hilang keyakinan dan berasa takut disebabkan persembahan dan nyanyiannya pernah dikecam teruk ketika Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32) tahun lalu.

"Saya mengambil masa lama hampir enam bulan untuk dapatkan semula keyakinan membuat persembahan secara langsung di televisyen.



Wany pernah rasa takut nak buat persembahan secara langsung di TV.

"Sebelum ini saya pernah dikecam ketika persembahan di AJL32 menyebabkan saya jadi takut dah nak buat persembahan secara langsung.

"Tapi Alhamdulillah, saya dapat buang perasaan itu ketika berduet dengan Tajul di program Big Stage pada bulan Ogos tahun lalu," katanya kepada mStar Online.

Penyanyi yang mula dikenali menerusi lagu Menahan Rindu ini ditemui ketika sidang media Trio Concert Tour 2019 di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur pada Selasa.

Dalam pada itu, Wany teruja bakal berkongsi pentas bersama penyanyi Sufian Suhaimi dan Khai Bahar menerusi konsert mereka yang akan diadakan di empat lokasi.

Kata pemilik nama Nurshazwany Hasrita Hasbullah ini, dia sudah lama mengimpikan untuk mengadakan konsert seperti itu.

"Apabila pihak penganjur tawarkan untuk menjayakan konsert bersama Sufian dan Khai Bahar, saya terus terima.



Wany akan berkongsi pentas bersama Khai dan Sufian.

"Dapat satu pentas dengan dua nama besar ni buat saya teruja. Saya memang sudah lama simpan impian untuk adakan konsert.

"Lagi-lagi konsert ni bersama kawan-kawan saya yang rapat. Ia sesuatu yang sangat berharga dan saya tidak sabar untuk konsert ni," ujarnya.

Konsert tersebut akan diadakan di Johor Bahru pada 13 Julai dan lokasi seterusnya di Kuantan pada 17 Ogos depan.

Manakala pada 5 Oktober depan, tiga penyanyi ini akan bertemu peminat mereka di Alor Setar, Kedah dan lokasi terakhir di Stadium Malawati, Shah Alam pada 2 November depan.

Tiket bermula dengan harga RM67, RM107, RM200 dan Rm400 sudah mula dijual menerusi platform e-dagang terkenal, Shopee.

Post a Comment

Previous Post Next Post