Alif Satar tercedera ketika berada di Jepun.
Penyanyi dan pelakon, Alif Satar mengalami kecederaan tulang bahu terkehel sewaktu bermain papan luncur salji ketika bercuti di Jepun, minggu lalu.
Tindakan Alif, 29, yang memuat naik gambarnya memakai anduh bahu menarik perhatian peminat yang bimbang Alam keadaannya.
“Tulang bahu saya terkehel ketika bermain luncur salji di Jepun minggu lalu tetapi tulang yang terkeluar itu sudah dibetulkan oleh doktor sewaktu mendapatkan rawatan di sana.
“Alhamdulillah, keadaan saya semakin baik dengan bantuan fisioterapi cuma tidak boleh melakukan kerja kerja berat dalam masa dua minggu ini,”jelasnya menerusi Instastory.
Meskipun begitu, pelantun Sesungguhnya Aku itu masih positif untuk kembali pulih bagi menyertai pertandingan lumba basikal anjuran CIMB pada 21 April ini.