Faizal Tahir bantu peminat berniat bunuh diri




Faizal membuat pendedahan tersebut menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam akaun Instagramnya sebentar tadi.

Tindakan penyanyi Faizal Tahir mendedahkan nombor telefon peribadinya dalam sebuah video yang dimuat naik menerusi aplikasi Insta Story sekitar dua bulan lalu telah menyelamatkan seorang peminatnya daripada membunuh diri.

Faizal membuat pendedahan tersebut menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam akaun Instagramnya sebentar tadi.

Dalam video tersebut kedengaran jelas peminatnya menangis teresak-esak dan bersyukur kerana panggilan daripada Faizal telah memberi semangat kepadanya yang sebelum itu berniat untuk membunuh diri akibat tekanan hidup.

“Saya secara rawaknya telah memilih beberapa orang peminat untuk dihubungi dengan membuat panggilan video. Selain menjawab soalan, saya juga menyanyi untuk peminat.

“Namun, perkara yang menarik perhatian adalah sehari selepas panggilan video itu dibuat seorang peminat telah menghantar paparan skrin statusnya yang dimuat naik dalam Twitter.

“Dalam status tersebut peminat itu menulis dia mempunyai niat untuk membunuh diri sebelum saya menghubunginya. Panggilan telefon daripada saya telah memberi semangat kepadanya untuk terus kuat,” kata Faizal.

Terdahulu sekitar dua bulan lepas Faizal telah meletakkan nombor telefon peribadinya dalam Insta Story supaya peminat boleh menghubunginya.

Dalam pada itu, Faizal telah melancarkan single terbaharunya berjudul Bisa Aja.

Post a Comment

Previous Post Next Post