Terkesan isu penggiat seni bergelut cari makan Sharifah Amani tak hadir FFM30




Sharifah Amani mengambil keputusan untuk tidak hadir ke Festival Filem Malaysia Ke-30 yang berlangsung pada malam Sabtu (malam ini).

Pelakon berbakat besar Sharifah Amani memberitahu tidak akan menghadiri Festival Filem Malaysia ke-30 (FFM30) yang bakal berlangsung pada malam Sabtu (hari ini).

Amani memberitahu dia membuat keputusan itu kerana tidak sanggup berpura-pura sedang ramai dalam kalangan penggiat seni masih bergelut dalam mencari nafkah bagi kelangsungan hidup mereka.

"Saya tidak dapat meyakinkan diri untuk berpura-pura untuk kelihatan cantik dan meraikan apabila kebanyakan penggiat seni dalam industri kita tidak dapat membayar bil, memberi makan kepada keluarga atau memenuhi keperluan mereka," katanya menerusi Twitter.

FFM30 bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya.

Anugerah berprestij itu bakal memperlihatkan persaingan 42 filem berentap menerusi 24 kategori dipertandingkan.



Amani menjelaskan sebab dia tidak mahu menghadiri FFM30 di Twitter.

Dalam pada itu, Amani dalam catatan lain di Twitter menyeru rakan artis yang bakal hadir menggunakan platform itu untuk mendidik dan memberitahu masyarakat mengenai isu yang sedang dihadapi oleh penggiat seni.

Kata Amani atau Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya, 33, dia berharap semua dapat bersatu hati dalam mengetengahkan isu itu kepada umum.

"Kita bukan sesiapa jika kita tidak bersatu hati dan bangkit untuk satu sama lain," katanya.

Sebelum ini, Amani menerusi temubual bersama The Star, industri filem di Malaysia semakin tenat dan menyeru agar kerajaan menggubal undang-undang dalam mempertahankan hak artis dan pekerja industri.

Amani memberitahu, ramai golongan pemain industri bergelut untuk mencari nafkah disebabkan kontrak yang longgar serta kurang keselamatan dalam bekerja.

Post a Comment

Previous Post Next Post