Selepas bapa, nenek Adira Suhaimi pula dijemput Ilahi




Adira bersama salah seorang anaknya. Kredit foto Instagram Adira

Selepas kehilangan bapanya Khamis lalu, penyanyi Adira sekali lagi diuji apabila neneknya meninggal dunia semalam.

Berita sedih itu dikongsi Adira atau nama sebenarnya, Siti Adira Suhaimi melalui laman Instagram miliknya sebentar tadi.

“Allahuakbar. Selepas satu, satu lagi dugaan yang saya terima.

“Belum pun hilang kesedihan kehilangan Abah tersayang, datang lagi dugaan apabila mendapat khabar nenek telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi. Ya Allah, berikanlah saya kekuatan untuk menghadapi dugaanMu ini,” kongsi pelantun lagu Ku Ada Kamu itu.

Pada 21 Mac lalu, bapa penyanyi itu, Suhaimi Rajiman, 57, meninggal dunia akibat kegagalan beberapa organ dalaman di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor. Jenazahnya dikebumikan di Kundasang, Sabah pada 23 Mac.

Ramai rakan selebriti menitipkan ucapa takziah kepada Adira dalam ruangan kapsyen antaranya, Indah Ruhaila dan Hanez Suraya.

Post a Comment

Previous Post Next Post