Ameer Forteen selamat bergelar suami




Ameer selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Siti Nurnaja’a Shamsul Kamar.

Ahli kumpulan Forteen, Ameer, selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Siti Nurnaja’a Shamsul Kamar, petang tadi.

Pasangan tersebut dinikahkan abang pengantin perempuan, Muhd. Haqem, pukul 4.08 petang di Masjid Salahuddin Al-Ayyubi Taman Melati, di sini, dengan disaksikan anggota keluarga dan saudara terdekat kedua-dua pihak.

Ameer atau nama sebenanrya, Mohd. Arif Ameerais Azhar, 29, menyerahkan wang hantaran berjumlah RM10,000, mas kahwin RM300 dan tujuh dulang hantaran kepada isteri, berbalas sembilan.

Sebelum ini, Ameer bertunang dengan Siti Nurnaja’a, 24, pada 13 Oktober tahun lalu di Setapak, selepas lebih setahun berkenalan menerusi media sosial.

Post a Comment

Previous Post Next Post