Aaron Aziz Saya pun kena tipu




Aaron kecewa apabila menjadi mangsa scammer kerana menggunakan foto seorang kanak-kanak (kiri) yang memerlukan bantuan kewangan di akaun Instagramnya baru-baru ini.

Pelakon Datuk Aaron Aziz melahirkan rasa kecewa dan marah apabila menjadi mangsa sindiket penipuan (scammer) yang menggunakan foto seorang kanak-kanak dalam keadaan kesusahan dan memerlukan bantuan kewangan.

Aaron memberitahu, foto tersebut diambil dari Persatuan Kebajikan Kanser Bersatu Malaysia dalam laman Facebook.

“Saya sudah padam perkongsian tersebut. Minta maaf kepada semua, saya pun kena tipu. Selalunya, saya berhati-hati dengan benda-benda seperti ini. Saya ingatkan apa yang dikongsikan itu betul kerana sudah telefon dan periksa Facebook.

“Saya sudah membuat laporan polis dan siasatan lanjut akan dilakukan. Salah siapa, akan ditentukan dari semasa ke semasa. Salah saya juga, kerana apabila tengok gambar bayi, saya menjadi terlalu emosi,” jelas Aaron, 43.

Dalam pada itu, pelakon filem Ombak Rindu itu menyeru kepada mereka yang sudah membuat sumbangan kepada akaun scammer tersebut agar turut membuat laporan polis sepertinya.

“Siapa yang membuat sumbangan kepada akaun scammer tersebut, sila buat laporan polis juga.

“Mungkin sumbangan kita tidak banyak atau kecil namun contoh kalau 100 ribu orang buat sumbangan duit kepada scammer tersebut, banyak penipuan wang palsu berlaku,” katanya lagi.

Semalam Aaron atau nama sebenarnya, Aaron Mustapha Aziz memuat naik perkongsian foto menyayat hati seorang kanak-kanak berusia tiga tahun menderia kanser darah tahap 3 yang memerlukan bantuan sumbangan derma orang ramai untuk tujuan rawatan penyakit tersebut.

Post a Comment

Previous Post Next Post