Yuna rakam lagu duet bersama bintang hip hop Korea, Epik High




Kumpulan hip hop Korea Selatan, Epik High merakamkan lagu duet bersama Yuna untuk album terbaharu mereka, Sleepless In.

Penyanyi Yuna bakal tampil dengan sebuah lagu duet bersama bintang hip hop Korea Selatan iaitu Epik High menerusi album terbaharu kumpulan itu berjudul Sleepless In.

Soompi melaporkan perkara itu didedahkan selepas Epik High mengumumkan barisan artis yang bakal muncul dalam album mereka termasuk Sunwoo Junga, Suga (BTS), Crush dan Code Kunst.

Salah seorang anggota Epik High, Tablo memberitahu mereka memilih Yuna kerana suara penyanyi yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu mempunyai suara lunak.

"Yuna dikenali sebagai protege kepada Pharell Williams dan dia seorang yang sangat hebat.

"Suaranya sangat lunak dan kami sudah pun menyiapkan lagu bersama untuk album Epik High," katanya.

Album Sleepless In bakal dilancarkan pada 11 Mac ini.

Ini bukan kali pertama Yuna, 33, berduet dengan artis antaranbangsa kerana sebelum ini dia pernah tampil dengan lagu bersama Usher, Owl City dan Jhene Aiko.

Post a Comment

Previous Post Next Post