Syafie Naswip, Aishah Azman bertunang April depan




Selepas tiga tahun bercinta, pasangan pelakon Syafie Naswip dan Aishah Azman bakal melangsungkan pertunangan pada April depan.

Perkara tersebut didedahkan oleh Syafie, 27, dalam sebuah portal hiburan sebentar tadi sambil memberitahu hubungan mereka direstui oleh kedua-dua belah keluarga.

Syafie yang popular dengan filem Mukhsin itu bagaimanapun enggan mendedahkan butiran terperinci termasuk tarikh pertunangannya.

“Kami merancang untuk mengikat tali pertunangan pada April depan, tetapi tarikhnya biarlah saya simpan dahulu,” kata Syafie.

Syafie dan Aishah, 23, mula berkenalan dalam laman sosial Instagram pada 2015, malah mereka pernah bergandingan dalam drama rantaian Waliuddin 2 Ringgit pada tahun lalu.

Aishah yang popular dengan drama Mencintaimu Mr. Photographer itu merupakan adik kepada pelakon Afiq Muiz.

Post a Comment

Previous Post Next Post