Emma Maembong sindir pengikut




Emma dilihat membalas komen pengikutnya yang mendakwa dirinya seolah-olah gembira dengan tidak bertudung dalam bentuk sindiran.

Pelakon Emma Maembong dilihat cuba mempertahankan dirinya dengan membalas komen netizen yang mengkritik tindakannya kerap memuat naik imej baharunya tanpa bertudung di Instagram.

Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail, 27, kemudian dilihat membalas komen pengikutnya yang mendakwa dirinya seolah-olah gembira dengan tidak bertudung dalam bentuk sindiran.

"Takkan nak post gambar tengah menangis," jawab Emma ringkas.

Emma memberikan respons tersebut selepas salah seorang pengikutnya menegur tindakannya yang disifatkan tergedik-gedik.

Pada Rabu lalu, Emma mencetuskan kontroversi apabila dia mengumumkan untuk tidak mengenakan hijab lagi selepas lima tahun melakukan penghijrahan itu.

Post a Comment

Previous Post Next Post