Kaka Azraff nikah seminggu selepas bertunang




Kaka sah bergelar isteri kepada Adam di rumahnya di Klang sebentar tadi.

Semingu selepas bertunang, penyanyi Kaka Azraff selamat diijabkabulkan dengan lelaki pilihannya, Adam Azriff kira-kira pukul 9.53 malam tadi di kediaman keluarganya di Klang, Selangor.

Berita gembira itu dikongsikan syarikat pengurusan penyanyi lagu Sibuk itu, Warner Music Malaysia dalam satu kenyataan media sebentar tadi.

Kaka dan Adam dinikahkan oleh Ustaz Azmi Selamat dan diwalikan oleh bapa saudara Kaka sendiri, Nor Izam Aminuddin manakala mas kahwinnya bernilai RM 300.

Majlis akad nikah yang serba sederhana itu dihadiri oleh kaum keluarga terdekat dan sahabat rapat kedua-dua belah pihak.

Mengangkat tema Melayu Klasik, Kaka kelihatan anggun mengenakan busana kebaya putih disamping suami yang nampak segak dalam persalinan serba putih.

Bagi meraikan cinta pasangan mempelai ini bersama pihak media dan peminat, sebuah majlis resepsi persandingan akan diadakan pada suatu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Post a Comment

Previous Post Next Post