Nazeera Sardi dedikasi ijazah buat ibu


Pelakon Nazeera Sardi yang baharu menerima Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan (Pemasaran) dari Universiti Putra Malaysia (UPM) baru-baru ini, dedikasi ijazah buat ibu.

Pemilik nama sebenar Siti Nazirah Sardi berkata, ijazah yang diterima itu hanya untuk ibunya dan berharap orang tersayangnya itu gembira.

Nazeera berkongsi kenangan terindah dalam hidupnya di akaun Instagram (IG) miliknya.

Jangan menangis Mak... Ini terlalu kecil jika hendak dibandingkan dengan kasih sayang Mak.

“Ini untuk Mak. Harap Mak gembira kerana saya memang mahu sentiasa gembira dan bangga dengan anaknya,” katanya.


Pelakon wanita itu turut bersedih kerana arwah bapanya tidak dapat bersama menyaksikan kejayaannya.

“Abah, saya harap Abah ada. Saya rindukan Abah. Al-fatihah.

“Terima kasih kepada keluarga dan rakan yang hadir,” katanya lagi.

Sementara itu, melalui satu portal hiburan, selain sokongan keluarga, Nazeera, mengakui kekasihnya turut menjadi tulang belakang dalam usahanya meraih ijazah.

Katanya, saat dirinya sibuk menguruskan kerjaya dan pengajian, kekasihnya sentiasa memberikan dorongan serta memahami jadualnya yang padat.

"Saya ada berkawan dengan seseorang tatkala sibuk dengan jadual pengajian dan kerjaya. Mujurlah dia seorang yang amat memahami. Maklumlah, dek kesibukan saya dengan beberapa perkara, hendak keluar bersama pun tidak sempat.

“Dia sentiasa menyokong apa sahaja saya lakukan. Saya juga amat terhutang budi pada keluarga yang selalu memberikan kekuatan untuk saya meneruskan pengajian sehinggalah berjaya menggenggam ijazah," katanya.



Dalam pada itu, Nazeera turut menerima ucapan tahniah daripada para peminatnya.

"Tahniah kak Nazeera Sardi, saya perminat awak," tulis irsyadizzudd.

"Sebak tengok video mak awak. Saya rasa terharu melihat gambar. Cemburu," tulis nonie_moklas_official.

"Ciuman ibu..paling indah," tulis cakoiroy.

"Hargai setiap saat terindah... gunakan kebijaksaan yang sewajarnya. Jangan ada sifat ego yang negatif, sentiasa rendah diri. Menghormati orang, dan apa saja yang baik-baik. Sayang kamu," tulis chentahannah.

Post a Comment

Previous Post Next Post