Peserta wanita dominasi GV5


Pertandingan nyanyian yang berjaya mencetuskan fenomena luar biasa, Gegar Vaganza (GV) kini kembali dengan musim terbaharunya yang juga merupakan penganjuran edisi kelima yang bakal bermula pada 30 September ini.

Menariknya GV5 tampil dengan pembaharuan apabila turut menampilkan tiga peserta berkumpulan yang turut bersaing bersama-sama sembilan lagi peserta solo.

Mereka yang bakal beraksi dalam GV5 terdiri daripada Elite, Billy Zulkarnain dan Forteen yang mewakili peserta berkumpulan, selain Zamani (Slam) dan Syafie (Rio) sebagai peserta solo lelaki.

Sementara enam lagi peserta terdiri daripada penyanyi wanita solo iaitu Amelina, Norynn Aziz, Safura Yaacob, Dia Fadilla, Hetty Sarlene, Maya Ruslee dan Farawahida.



Dalam pada itu, Nabil Ahmad dan Jihan Muse masih dikekalkan sebagai pengacara program ini selain juri tetap yang sekali lagi menampilkan Datuk Ramli Sarip dan Datuk Khadijah Ibrahim.

GV5 bakal berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), dan disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad, 9 malam.

Edisi pertama GV dimenangi Ayai (Ilusi), diikuti Siti Nordiana pada musim kedua, sementara Azharina dan Aishah pula mengungguli musim ketiga dan keempat.



Post a Comment

Previous Post Next Post