Mus May Dah 50 tahun, tak boleh terlalu lincah


Mus May perlu menjaga kesihatan dan mengawal pemakanan.

Vokalis kumpulan May, Mus memberitahu tahap kesihatannya semakin baik dan dia mampu kembali aktif sepenuhnya dalam bidang seni.

Bagaimanapun, Mus atau Mustaffa Din, 50, berkata dia masih perlu berjaga-jaga dan tidak boleh terlalu lincah seperti ketika pada usia muda.

"Alhamdulillah, sakit dahulu sudah 100 peratus sembuh, saya dah boleh buat semua kerja cuma tak bolehlah nak lincah sangat macam masa umur 20 tahun dulu.


Mus ketika mendapatkan rawatan di Hospital Ampang, Kuala Lumpur.

"Sekarang ni pun umur dan 50 tahun, jadi memang secara tak langsung kena jaga kesihatan dan kawal pemakanan.

"Ingatan saya pun dah semakin okay, tapi kadang-kadang tu bila terlalu banyak benda nak fokus jadi pelupa juga!," katanya.

Pada 3 Julai 2017, Mus dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat demam panas dan diletakkan dalam keadaan koma selama sembilan hari.




Keadaan penyanyi lagu Cintamu Mekar Di Hati ini kembali stabil dan dibenarkan pulang ke rumah setelah sebulan menerima rawatan di hospital.

Bercakap mengenai karier lakonan, Mus yang turut membintangi filem Hantu Kak Limah (HKL) berkata dia tidak menolak tawaran lakonan jika watak diberi bersesuaian.

"Berlakon ni bukan bidang saya, macam cerita HKL itu atas undangan pengarah Mamat Khalid.

"Jika ada tawaran lain selepas ini saya kena tengok watak dahulu, kalau tak berat saya terima. Apabila berlakon ni dapat banyak pengalaman baharu," katanya.



Post a Comment

Previous Post Next Post