Miliki anak kembar autisme, Zarina Zainuddin perlu jadi ibu yang sabar


Pelakon Zarina Zainuddin sememangnya dikenali sebagai ibu yang sabar dan penyayang membesarkan dua orang anak kembar autisme.

Terbaharu, Zarina memuat naik video di Instagram (IG) yang menunjukkan salah seorang anak kembarnya bernama Muhammad Raizal Azrai Azal sedang mengamuk kerana mahu berkahwin.

“Azal nak kahwin!” jerit Azal dalam rakaman video tersebut.


Namun Zarina dengan nada suara yang lembut memujuk anaknya supaya bertenang.

Malah perkongsiannya itu telah mengundang lebih 650,000 views dan rata-rata netizen meminta Zarina terus tabah dan diberikan kesihatan yang baik demi menjaga dua anak istimewa ini.

Rata-rata pengikut IG Zarina melahirkan rasa kasihan melihat seorang anak autisme yang tidak dapat menahan keinginan untuk berkahwin seperti manusia normal.

Selain itu, ramai juga yang bangga melihat kesabaran Zarina melayan serta menenangkan anaknya itu.

Malah banyak video yang dikongsikan Zarina sebelum ini termasuk dirinya pernah dipukul tetapi Zarina masih bersabar dan kuat.

Selain Azal, Zarina turut mempunyai seorang lagi anak kembar autisme bernama Muhammad Razil Azrai atau lebih dikenali dengan nama Azil.

Sementara itu, dalam entri berasingan, Zarina turut berkongsi pengalaman menjaga kedua-dua anaknya itu.




"Orang boleh cakap tapi situasi tidak sama kita yang alami, Azal terganggu dengan Azil sebab Azil kembar Azal satu uri. Azal cuba memahami Azil tapi Azil tidak boleh bercakap, gerak bahasa pun lain, Azil lebih sensitif berbanding Azal, Azal terlalu sayangkan Azil dan cuba menjaga Azil sebaik mungkin.

"Makan minum, ubat Azil semua Azal yang jaga. Ini aturan ALLAH buat saya, setiap pagi Azil bangun menanggis pukul-pukul mukanya hingga berdarah hidung kalau saya terlambat bawak dia beli surat khabar dan susu kotak di kedai," tulisnya.

Menurut Zarina, bukan semua peristiwa dirakam ada, dan sempat dikongsi ada yang dirasakan tidak perlu.

Kongsi Zarina lagi, anaknya Azil sebenarnya mengamuk setiap dua jam umpama anak kecil inginkan susu. Azal pula sebolehnya pagi dia nak keluar rumah sebelum Azil bangun kerana dia risau Azil mengamuk, dia akan mengamuk juga.

Apabila dua-dua mengamuk susah dileraikan maka akan keluarlah ayat-ayat dari Azal kerana dia ingin luahkan perasaan amarahnya.

Katanya, Azal sebenarnya boleh hidup secara normal dan boleh diberi dia peluang untuk mengenal erti hidup.

Malah melalui perkongsian sebelum ini juga, Azal banyak membantunya termasuk membaca skrip dan membeli barangan dapur.



Post a Comment

Previous Post Next Post