Mia Sara dikritik kerana pandu kereta


Rasanta jarang sekali Diva nak dengar netizen mengutuk pelakon cilik, Mia Sara Nasuha.

Namun, ketika sedang meninjau laman Instagram Mia baru-baru ini, Diva perasan sebilangan netizen mengkritiknya gara-gara Mia memuat naik gambar sedang memandu kereta bapanya.

Menerusi gambar tersebut, Mia menulis kapsyen; “Allahuakbar!! Cuaknya la. My first driving lesson. Papa je yang ajar bawak keretanya pun tapi excited nya,” tulisnya.

Disebabkan gambar berkenaan, kebanyakan netizen bertanyakan berapakah umur Mia dan mendakwa dia masih terlalu muda untuk memandu.

Selain itu, ada juga mengatakan, Mia tidak perlu memuat naik gambar berkenaan kerana takut ada remaja bawah umur yang lain akan meniru dan cuba-cuba memandu kenderaan sepertinya.



Malah, ada juga yang berpendapat lebih baik Mia belajar memandu dengan pihak lebih berpengetahuan seperti sekolah memandu.

Bagaimanapun, ada juga yang mengagumi Mia kerana sudah pandai memandu kereta walaupun baru berusia 13 tahun.

Bagaimanapun, menerusi salah satu komen, Mia memberitahu, dia hanya memandu dengan hanya bergerak ke hadapan sedikit.

Bagi Diva, ada betulnya juga pandangan netizen tersebut kerana Mia kan artis. Mesti ramai yang memerhati.

Post a Comment

Previous Post Next Post