Janna Nick terus diserang gara-gara servis ucapan RM50


Janna Nick dikecam gara-gara menyediakan perkhidmatan menyampaikan ucapan hari lahir dengan bayaran RM50.

Nampaknya pelakon Janna Nick terus diserang netizen selepas kecoh isu dia mengenakan RM50 bagi rakaman ucapan ulang tahun kelahiran mana-mana individu yang berhajat menggunakan khidmatnya.

Malah, posting terbaharu yang dimuat naik aktres tersebut di laman Instagram turut dihujani dengan komen yang ternyata kurang senang dengan cara perniagaan itu.

Ada pengikut yang mempersoalkan kewajaran Janna menjalankan perkhidmatan tersebut kerana dia dilihat seolah-olah mengambil kesempatan terhadap peminatnya.


Ruangan komen di Instagram dihujani kritikan netizen.

"Pertama kali artis Malaysia buat servis macam ni, RM50 untuk ucapan, aku rasa macam kejam sangat.

"Fuh, mahalnya ucapan untuk hari jadi sampai RM50, cekik darah ke apa?

"Dah boleh tukar nama tu daripada Janna Nick kepada Janna pendapatan! Mahal sangat," komen netizen.





Ada rakan artis yang seakan tertarik dengan bentuk perniagaan baharu yang diilhamkan Janna ini.

Sementara itu, beberapa rakan selebriti turut memuat naik rakaman parodi seakan-akan mahu mengikut jejak langkah Janna, antaranya Sharifah Sakinah, Uqasha Senrose dan Fikry Ibrahim.

Hasil carian mendapati wujudnya akaun Instagram dicipta atas nama Wish Service By Janna Nick.

Menurut laporan sebuah portal berita tempatan, Janna berkata dia mempunyai sebab mewujudkan perkhidmatan tersebut dan meminta netizen tidak mudah melatah.

Pelakon drama Leftenan Zana ini turut memberitahu dia bersedia dikecam memandangkan apa sahaja yang dilakukan sering mendapat kritikan.

Post a Comment

Previous Post Next Post