Gagal jawab soalan fasal negara, Ben Ladin mohon maaf


Gara-gara gagal menjawab soalan berkaitan perkara asas kemerdekaan dan sejarah negara dalam satu temu bual dengan sebuah program hiburan, Ben Ladin tampil membuat permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia, semalam.

"Assalamualaikum semua, jadi beberapa hari lepas telah tular video temu bual Ben kerana gagal menjawab perkara-perkara asas tentang kemerdekaan dan kenegaraan.

"Ben ingin menyusun 10 jari meminta maaf kepada semua rakyat Malaysia. Tiada alasan atas kejahilan dan kekurangan pengetahuan tentang perkara-perkara asas seperti ini," ujarnya di Instagram.



Demikian itu, Ben Ladin atau nama lengkapnya Muhammad Benladin Munshi Shaihan, 17, berkata, selepas ini dia akan lebih peka dan belajar untuk menjadi warganegara berjiwa patriotik.



"Jadi, lepas ini Ben harus belajar dan peka tentang perkara yang melibatkan sejarah dan patriotik,

"Kejahilan ini adalah kejahilan Ben sendiri. Jangan libatkan mana-mana pihak atau individu.

"Ben harap permohanan maaf secara ikhlas ini boleh diterima seluruh rakyat Malaysia dan berharap anda semua boleh memberikan sokongan moral pada Ben.

"Doakan yang terbaik untuk Ben dan saya terima semua teguran dan nasihat. Saya minta maaf sangat-sangat," akhirinya.

Post a Comment

Previous Post Next Post