Betul kah Syafie Naswip dah lamar Aishah Azman


Pelakon Syafie Naswip ini memang dari dahulu lagi Diva suka dengan lakonannya. Bahkan, satu perkara yang Diva perasan, dari zaman dia berlakon filem Mukhsin lagi, sampai sekarang tak jauh beza wajahnya. Nampak lebih kurang sahaja.

Syafie berkongsi gambarnya bersama Aishah di sebuah restoran di ibu negara baru-baru ini.

Bahkan, Diva perasan ada juga yang baru sedar bahawa Syafie sekarang sudah besar panjang. Dah 26 tahun. Maklumlah, dahulu masa orang kenal masih bersekolah. Lebih mengejutkan baru-baru ini Syafie ada berkongsi gambarnya dengan pelakon baharu, Aishah Azman.

Foto yang dipercayai diambil di sebuah restoran terkemuka di ibu kota itu tersebut menunjukkan seolah-olah mereka sedang menyambut satu majlis istimewa. Mana tidaknya, Diva perasan kelopak mawar merah kalau sudah bertabur di lantai itu, tak mungkin lah setakat makan malam biasa.



Sudah pasti ada yang cukup istimewa pada malam itu. Dengar-dengarnya Syafie melamar Aishah pada malam itu. Wah, kalau betul, tahniahlah. Bukan apa, di bahagian komen pun Diva perasan ramai yang komen kononnya tak sabar nak merasa nasi minyak. Bahkan, Syafie banyak juga membalas komen-komen itu dengan emoji berbentuk hati.

Bukan apa, kalau ikutkan sebelum ini, Syafie bukanlah sejenis yang suka kongsikan hal peribadinya. Kalau sudah kongsi gambar sebegitu, maksudnya memang ada berita istimewa bakal menyusul tak lama lagi. Sama-sama kita tunggu.

Post a Comment

Previous Post Next Post