Adira Suhaimi selamat lahir cahaya mata kedua


Adira berkongsi gambar butiran kelahiran bayi lelakinya dalam laman Instagram hari ini.

Penyanyi, Adira Suhaimi selamat melahirkan anak kedua secara pembedahan di ParkCity Medical Centre (PMC), Sungai Buloh, Selangor, pukul 10.21 pagi tadi.

Adira atau nama sebenarnya, Siti Adira Suhaimi,27, memberitahu berita gembira itu di laman Instagramnya dengan memuat naik gambar butir kelahiran bayi lelaki tersebut.

“Alhamdulillah,” tulis Adira ringkas pada kapsyen gambar tersebut namun belum mengumumkan nama anak lelakinya itu.



Pelantun lagu Untuk Cinta itu mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan, Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.

Pasangan ini telah memiliki seorang anak perempuan yang diberi nama Anggrek pada 10 Mac 2017. -

Post a Comment

Previous Post Next Post