Mamak (Puteh) timang anak kedua


Ahli kumpulan Puteh, Mamak, selamat menimang cahaya mata kedua selepas isterinya, Ellina Abdul Wahab bersalin, petang semalam.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh pemilik nama sebenarnya Mohamad Ikhtiaruddin menerusi entri di Instagram miliknya.


"Dush satu kali. Bismillahhirahmannirahim, Syukur Alhamdulillah. Pada Rabu 8/8/18 tepat 3.40pm, sekali lagi dikurniakan amanah ALLAH kedua untuk ku.

"Harta yang tak ternilai. Terima kasih isteri tercinta @enaiktiar yang berjuang untuk anugerah terindah ni.

"Kepada keluarga dan sahabat semua, terima kasih atas doa kalian. Alhamdulillah," tulisnya.







Rata-rata peminat mengucapkan tahniah dan mendoakan agar ibu serta bayi yang dilahirkan akan diberi kesihatan yang baik.

Mengenai perkembangan lain, Mamak kini muncul dalam Super Spontan Xtravanganza pada setiap Jumaat pada pukul 10 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124).

Post a Comment

Previous Post Next Post