Letak nama anak Nur Latifah Moleiq Hanania


Pelakon yang juga merupakan isteri kepada penyampai radio ERA, Johan, iaitu Ozlynn berkata, dia dan suami menamakan anak kelimanya, Nur Latifah Moleiq Hanania.

Mengulas pertanyaan nama anak mereka, ibu kepada anak lima ini memberitahu, pemilihan nama itu diberikan sendiri oleh Johan.

"Mulanya kami mahu namakan anak kelima ini 'Cerdik', tapi Johan kata untuk memudahkan saya memanggil anak-anak dia letak Moleiq (molek).

"Contohnya bila panggil anak keempat Chantiq (cantik) terus sebut Moleiq (molek). Ala macam kita sebut cantik, molek," ujar Ozlynn ketika ditemui pada Majlis Kesyukuran ERA 20, Jumaat lalu.


Dalam pada itu, pasangan ini masih mengekalkan keunikkan nama anak-anak mereka dengan huruf tertentu.

"Setiap nama anak-anak, di tengah nama mereka haruslah ada huruf 'iq' dibelakangnya dan sudah tentu kami memilih nama yang baik-baik sahaja untuk anak-anak dan semua orang tahu maksud molek iaitu yang baik-baik dan cantik.





"Manakala Nur Latifah pula bermaksud cahaya kelembutan.

“Sementara nama Hanania itu merupakan nama keluarga kami yang mana semua anak diberikan nama tersebut. Ia bermaksud dikasihi ALLAH," tuturnya.

Untuk rekod, pasangan selebriti ini Johan berkahwin pada 25 Julai 2009 dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Haziq dan Cantiq.

Post a Comment

Previous Post Next Post