Lee Dong Wook pakai lip balm


Memang tidak dinafikan, aktor Korea bernama Lee Dong-wook ini mempunyai rupa paras yang sangat tampan meskipun sudah menginjak ke usia 37 tahun.

Pastinya bukan mudah untuk mengekalkan raut wajah agar sentiasa tampak awet muda.

Bagaimanapun, ketika ditemu bual dengan majalah ELLE, jejaka ini mendedahkan rahsia penjagaan kulitnya.

Katanya, setiap individu harus memakai set penjagaan kulit muka yang sesuai.



“Sangat penting bagi seseorang untuk memakai set penjagaan kulit bagi mengekalkan kesihatan wajah mereka.

“Disebabkan kerjaya saya memerlukan saya sentiasa mengenakan solekan, saya segera membuang solekan di wajah selepas selesai sebarang urusan dan mengoleskan lip balm sebelum tidur,” ujarnya seperti dilaporkan Kapanlagi.com.

Post a Comment

Previous Post Next Post