Imej rambut pendek Janna Nick disamakan seperti Agnez Monica


Imej rambut pendek Janna Nick disamakan dengan Agnez Monica.

Tindakan pelakon popular Janna Nick yang sekali lagi memotong rambut pendek mendapat pelbagai reaksi daripada peminatnya.

Ramai menyamakan imej terbaharu pelakon drama Semerah Cinta Humairah itu seperti penyanyi Indonesia, Agnez Monica.

Malah ramai merasakan Janna sesuai dengan imej 'boyish' yang membuatkan imejnya tampak lebih berkarisma dan berkeyakinan.

"Alamak kenapa 'handsome' sangat ni Janna Nick? Tetapi bila tengok balik macam Agnes Monica!," tulis netizen di Instagram.

Ini bukan kali pertama Janna memotong rambutnya seperti lelaki kerana sebelum ini dia pernah buat perkara sama untuk menjayakan wataknya sebagai Dani dalam drama bersiri My Coffee Prince.






Janna potong rambut pendek demi menjayakan wataknya dalam drama berjudul Leftenan Zana.

Bagaimanapun seperti kebiasaan, imej itu turut mendapat kritikan daripada segelintir netizen yang merasakan Janna lebih ayu dengan rambut panjang.

Ada di antara mereka turut mempersoalkan tindakannya berambut pendek kerana imej itu membuatkan dia nampak seperti lelaki.

Ramai berharap Janna tidak lagi tampil dengan imej tersebut selepas ini.

"Cantik tapi lagi cantik Kalau panjang atau mengenakan tudung sebab orangnya memang cantik sekali.

"Rambut tak cantik tetapi orangnya tetap lawa! Aduh... Kan molek kalau rambut tu panjang, tak faham la," antara komen netizen.

Dalam perkembangan sama, imej terbaharu Janna itu sebenarnya bagi menjayakan sebuah drama terbitan JS Pictures berjudul Leftenan Zana.

Janna menerusi InstaStory turut berkongsi video hari ini dia sudah memasuki set penggambaran drama arahan Jinggo itu.

Post a Comment

Previous Post Next Post