Hani Fadzil lega buang cyst ovari


Pengacara dan penyampai radio Era FM, Hani Fadzil bersyukur pembedahan membuang sista (cyst) pada bahagian ovarinya berjalan lancar dan kini berasa lega.

Hani atau Intan Farhani Fadzil, 27, bagaimanapun masih merasakan kesakitan dalaman selepas pembedahan itu dan perlu berehat beberapa minggu.

“Selepas menjalani pembedahan Selasa lalu, saya memang terpaksa menahan kesakitan yang teramat. Semalam keadaan saya bertambah baik sedikit namun hari ini kesakitan itu datang secara tidak menentu.

“Sewaktu saya datang melakukan pemeriksaan minggu lalu, doktor memaklumkan sista itu sudah sebesar lima sentimeter. Bagaimanapun, sebaik dibuang rupanya ia sudah berukuran tujuh sentimeter iaitu sebesar bola tenis.

“Saya tidak rasakan apa-apa pun ketika itu namun tiba-tiba berasa sakit yang teramat Isnin lalu. Saya sendiri memandu ke hospital bertemu doktor sebelum disuruh melakukan pembedahan itu,” katanya.





Hani berkata buat masa ini dia akan menghentikan aktiviti seninya untuk tempoh beberapa minggu sehingga keadaan pulih sepenuhnya.

“Doktor meminta saya untuk berehat dalam dua hingga tiga minggu. Dalam tempoh itu, saya kena menghadiri rawatan susulan di hospital.

“Pihak pengurusan di tempat kerja juga meminta saya berehat dan kembali bekerja apabila sudah sembuh sepenuhnya,” katanya.

Terdahulu, Hani dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur sebelum didapati mempunyai sista di bahagian ovari.

Post a Comment

Previous Post Next Post