Pelantun lagu Bahagia Mu Derita Ku, Hafiz Suip berkata, bukan bermaksud untuknya mengetepikan bakal calon protege Mentor musim ketujuh yang sudah berkahwin, namun perkara itu hanya luahannya sebagai seorang yang sudah mempunyai pengalaman bergelar suami dan seorang bapa.
"Saya mencari calon yang mempunyai vokal yang baik sebab program ini mempertandingkan suara.
"Kalau yang sudah berkahwin bukan saya menolak, tidak, tetapi saya tidak mahu masalah lain yang mendatang boleh menganggu fokus dia semasa bertanding nanti.
"Jadi, saya mencari calon yang benar-benar boleh memberikan komitmen sepenuhnya dan minat yang mendalam terhadap bidang muzik," kata Hafiz.
Hafiz ditemui ketika sidang media program Mentor musim ketujuh di Sri Pentas, TV3, petang tadi.
Selain Hafiz, 29, Mentor ketujuh turut menampilkan barisan penyanyi seperti, Aizat Amdan, Datuk Syafinaz Selamat dan Siti Nordiana.
Untuk makluman, uji bakat Mentor ketujuh bakal bermula di, Kota Kinabalu, Sabah (Hotel Promenade) 18 dan 19 Ogos 2018
Manakala di Sri Pentas TV3, Kuala Lumpur:
8-9 September 2018 (Datuk Syafinaz Selamat)
15-16 September 2018 (Aizat Amdan)
22-23 September 2018 (Hafiz Suip)
29-30 September 2018 (Siti Nordiana)