Fouziah Gaus kini berhijab


Penampilan berhijab pelakon Fouziah Gous menerusi beberapa keping fotonya yang dikemas kini menerusi laman Instgram miliknya sejak Jumaat lalu ternyata telah mengundang perhatian ramai.

Biarpun kemas kini tersebut tanpa sebarang kapsyen yang memberi gambaran tentang penampilan itu, ramai peminat dan pengikutnya di laman tersebut yang mengucapkan dan tahniah selain memberikan doa yang terbaik buatnya.


Rata-rata netizen memuji dan menyenangi penampilan Fouziah yang manis bertudung litup dan mengharapkan pelakon cantik ini kekal dengan penampilan tersebut.

Bagaimanapun difahamkan selama beberapa hari ini Fouziah berada di Kelantan menerusi tanda pagar #Klate atas dan penampilan tersebut mungkin ada kaitan dengan urusannya di sana.

Apa pun, kita doakan yang terbaik buat semua ya





Post a Comment

Previous Post Next Post