Romantiknya Anzalna dan suami.
Foto-foto romantik pelakon jelita Anzalna Nasir dan suaminya Muhammad Hanif Zaki ketika bercuti di Paris mendapat perhatian netizen.
Rata-rata meninggalkan komen cemburu dengan kemesraan pasangan tersebut yang sedang berbulan madu buat kali kedua di lokasi istimewa itu.
Malah, ada mengakui tidak sabar ingin berkahwin dan melalui kehidupan seperti pasangan popular itu.
Pelakon drama Arluna turut meletakkan kapsyen berbunyi: "Siapa tengok gambar ini mesti tak sabar nak kahwin, jangan pandang lama-lama".
Anzalna dan suami kini berada di Paris.
Dalam pada itu, Anzalna yang dihubungi menerusi aplikasi Whatsapp memberitahu Paris merupakan lokasi kegemarannya.
"Setiap tahun saya akan ke Paris kerana ia merupakan bandar kegemaran saya. Saya suka aura romantik di bandar ini. Tahun lalu kami datang ke sini sempana hari lahir saya.
"Bagaimanapun kali ini saya bertuah kerana datang ke sini untuk bertemu dengan anak kepada pengasas pewangi Annick Goutal iaitu Camille Goutal serta meneroka tentang produk minyak wangi itu,” ujarnya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Anzalna berkata, dia turut dikejutkan dengan makan malam romantis di restoran Les Ombres berhadapan dengan Eiffel Tower.
Anzalna dan Hanif berkahwin pada 21 Februari 2016 di Hotel Seri Pacific selepas berkenalan lebih 10 tahun.
Dia juga akan mengadakan penggambaran klip video saat-saat romantis di kota fesyen itu.