Tunku Hanis Saya tak ada masalah


Pelakon, Tunku Hanis berkata dia tidak ambil hati jika ada peminatnya yang memanggil namanya tanpa menyebut Tunku.

Bagi Tunku Hanis, perkara itu tidak menjadi satu masalah kerana sejak dibangku sekolah rakan kenalannya juga memanggilnya dengan panggilan Hanis sahaja.

"Sejujurnya saya tak ada masalah kalau ada yang nak panggil saya dengan nama Tunku atau tidak. Sebab waktu sekolah dulu pun kawan-kawan panggil saya Hanis.

"Jadi panggil Hanis sahaja pun saya terima," katanya jujur kepada Sinar Harian.

Dalam perkembangan karier, Tunku Norhanis Tunku Salman atau nama pentasnya Tunku Hanis baru sahaja selesai penggambaran drama bersiri 30 Juzuk Cinta arahan Zulhuzaimey terbitan Betty Banafe.





Harapan aktres berusia 28 tahun ini menerusi drama yang bakal disiarkan itu dia mahu dikenali menerusi bakat lakonannya dan bukan kontroversi.

“Saya berharap drama berunsur Islamik itu diangkat dan sisi lain saya ini masyarakat akan terima kebolehan saya berlakon.

“Saya tak mahu dikenali sebagai artis yang terpalit dengan kontroversi," jelasnya.

Antara drama lakonan Tunku Anis adalah Suamiku Encik Sotong, Sedetik Cinta, Sepahtu Reunion 1, Antara Garisan, Selagi Masih Ada, Cerita Dari Mastika (Rumah Atas Kubur), Cinta Sate dan banyak lagi.

Post a Comment

Previous Post Next Post