Sufie Rashid luah rasa kesal terhadap Haqiem Rusli


Belum lagi selesai isu kontroversi yang melibatkan gimik depresi untuk single terbarunya semalam, penyanyi Haqiem Rusli sekali lagi mengundang kecaman ramai apabila dikatakan menggunakan hasil kerja orang lain tanpa kebenaran.

Perkara tersebut didedahkan penyanyi Sufie Rashid menerusi laman Instagram miliknya yang meluahkan rasa kesal dengan tindakan Hakiem yang menggunakan 'intro' yang dihasilkannya dalam lagu Selamat Tinggal Sayang tanpa pengetahuannya

"Apabila ramai yang berkongsi lagu itu di media sosial, saya pun mendengarnya. Memang tak sangka susunan muzik yang saya buat dalam bentuk demo untuknya, dijadikan 'intro' untuk lagu baru itu.

"Saya tak tahu sama ada ini salah Haqiem sendiri atau pihak pengurusannya. Kalau dia minta izin untuk gunakan demo yang saya buat itu atau kredit nama sebagai penyusun, tak jadi masalah. Ini tidak," katanya sebagaimana yang dilaporkan oleh sebuah akhbar.





Dalam perkongsian yang sama, Sufi yang juga merupakan juara Akademi Fantasia 2015 menganggap apa yang dilakukan Haqiem sebagai sesuatu yang tidak patut dan tindakan yang bersifat murahan.

"Murah sangatlah kalau sekadar curi idea orang lain dan kredit nama sendiri. Lagi pula, lagu itu pun bukan ciptaan dia sepenuhnya, tapi bersama seorang rakannya," kata Sufi.

Dalam pada itu, Sufi menerusi status di laman Instagram turut mengucapkan selamat maju jaya kepada Haqiem yang sebelum ini pernah menyuarakan hasratnya untuk berhenti menyanyi kerana depresi.

"Akhir sekali saya harap anda bukan benar-benar mengalami kemurungan kerana tiada siapa mahukannya kerana ia boleh membunuh anda. Selamat maju jaya," tulisnya.

Post a Comment

Previous Post Next Post