Sharifah Sakinah berang terima mesej dakwa suami curang


Pelakon Sharifah Sakinah melepaskan geram di akaun Instagramnya selepas menerima kiriman mesej daripada seorang wanita tidak dikenali mendakwa suaminya berlaku curang.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Sakinah, 29, menegur tindakan pengirim tersebut yang dilihat gemar mengambil tahu perihal peribadi orang lain.

"Perhatian kepada orang luar yang tidak tahu tentang kehidupan dan rumah tangga saya, dengan segala hormatnya sila berambus.

"Kami tidak perlukan perhatian ataupun tuduhan tidak berasas terhadap perihal peribadi saya. Awak siapa? Pelik gila," tulisnya tanpa berkongsi mesej yang dihantar wanita tersebut.





Menerusi perkongsian daripada individu yang menggunakan nama @mia.haidy itu, dia mendakwa suami Sakinah, Aliff Adha yang merupakan seorang juruterbang mempunyai hubungan dengan seorang wanita yang bekerja sebagai pramugari.

Sakinah dan Aliff mendirikan rumah tangga pada Mac 2015.

Post a Comment

Previous Post Next Post