Scha AlYahya Kes Lara dulu, ramai yang cakap dia macam-macam


Kecanggihan teknologi masa kini memberi peluang kepada peminat untuk mendekati selebriti kesukaan mereka dengan lebih rapat dan mengetahui perkembangan mereka dengan lebih cepat.

Namun kecanggihan teknologi ini juga memberi kesan yang kurang sihat kepada mereka yang dikenali apabila ada segelintir netizen yang tidak bertanggungjawab dan sering mencari kesalahan selebriti.

Ini termasuklah yang dilalui oleh Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya atau lebih dikenali sebagai Scha AlYahya yang tidak terlepas dicemuh, dikritik dan disindir segelintir pengikut media sosialnya.

Tidak melihat setiap perkara dari sudut negatif, selebriti berusia 35 tahun ini berkata, ia adalah salah satu tanda orang masih sayang dan mengambil berat.

"Tidak dinafikan ada sesetengah netizen, bayi baru lahir pun mereka cari salah, tak comellah apa lah. Tapi saya rasa selagi saya tak buat salah laku yang buruk, tak ambil seorang orang, tak buat jenayah, saya ambil positif sahaja apa yang diperkatakan orang lain.

"Bagi saya bila kita berdepan dengan situasi sebegini, ia memperlihatkan kita bagaimana mengendalikan situasi tersebut. Ambil dari sudut positif atau negatif.

"Kalau kita layan dan gaduh, secara tidak langsung orang akan pandang negatif pada kita," katanya.





Ujar isteri kepada Awal Ashaari ini, biarpun ada yang suka mencari kesalahan, mengkritik, mencemuh, namun dia mendapati masih ramai orang-orang positif yang mengikuti perkembangan kariernya.

"Saya baca semua komen dan bagi saya ramai lagi yang memberikan kata-kata positif. Contoh macam kes Lara dulu, ramai yang cakap dia macam-macam, tapi sekarang, orang dah diam pun.

"Bila dah lama jadi selebriti, saya dah semakin tahu mana perkara yang perlu ditangkis, mana yang perlu dipandang atau diambil tahu. Pengalaman banyak mengajar saya," akhirinya.

Post a Comment

Previous Post Next Post