Rita Rudaini Kahwin lelaki muda tidak ada salahnya


Pelakon Rita Rudaini, 42, memberitahu tanggapan orang ramai tentang perkahwinan dengan lelaki muda akan berakhir dengan episod sedih itu tidak betul.

Memetik dari sebuah portal hiburan berlainan, kata ibu tunggal kepada dua anak ini, kebahagian terletak di atas diri masing-masing.

Malah wang serta usia bukan ukuran sesebuah perkahwinan itu kekal bahagia.

"Semua orang silap apabila beranggapan berkahwin dengan orang muda mesti tidak bahagia. Kahwin dengan orang berduit juga mesti bercerai. Semua ini bergantung atas diri masing-masing.

"Orang yang berfikir sebegini memang tidak boleh berkahwin dengan orang muda dan tidak berduit kerana dari awal lagi sudah meletakkan kepercayaan sedemikian. Jangan fikir semua orang sama.

"Kebahagiaan ini datang dari pelbagai cara. Jika harmoni rumah tangga maka bahagia lah. Kalau nak keduanya, cari pasangan yang bijak dan matang berfikir dan sanggup menempuh ombak badai rumah tangga. Insya-ALLAH akan bahagia. Jadi, berkahwin dengan lelaki tua, muda, kaya atau tidak, memang takkan bermasalah," katanya.





Jelas Rita lagi, andai sudah ditakdirkan berkahwin dengan lelaki muda tidak ada salahnya. Pokok pangkalnya lelaki itu tahu makna sebuah ikatan perkahwinan.

"Tidak salah pun berkahwin dengan lelaki muda, asalkan si lelaki matang dan tahu erti perkahwinan itu apa. Bukan kahwin nak seronok, sebab tengok orang lain kahwin, demi kepentingan peribadi atau sebab keluarga suruh.

"Apa yang penting, pemikiran lelaki perlu bijak dalam mengatur kehidupan keluarga iaitu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang lelaki dan suami, menguruskan keluarga, isteri dan anak dan menjadi pelindung pada keluarga.

"Tidak semestinya lelaki muda tak boleh berkahwin. Ada juga lelaki berusia yang belum tentu matang pemikiran dalam hidup. Pokok pangkalnya bukan bergantung pada umur tetapi akal, pemikiran, sudah bersedia dan matang untuk memikul tugas berat," jelasnya.

Post a Comment

Previous Post Next Post