Peminat buat Sheeda berhijab


Penyanyi dangdut Sheeda, 54, kini tampil bertudung sejak Ramadan lalu selepas terbuka hati dengan pandangan pengikutnya di Instagram (IG).

Sheeda berkata meskipun Allah SWT yang menjentik hatinya untuk memakai hijab tetapi pengikut IG banyak beri nasihat.

“Selain suami dan keluarga yang sentiasa mendoakan saya, komen berbaur nasihat serta pandangan netizen juga membantu saya.

“Terima kasih pada doa dan sokongan anda semua yang sentiasa menjadi pemangkin semangat saya.

“Sejak tampil dengan imej berhijab beberapa bulan lalu, kini saya selesa dan makin dapat menyesuaikan diri,” katanya.

Sheeda berkata sebagai individu yang baru berhijab sepenuhnya meminta tiada harapan tinggi diletakkan padanya.

“Saya masih belajar dan banyak kekhilafan diri. Namun, apa diharapkan pemakaian hijab ini kekal.

“Semoga hati ini terus ditetapkan Allah SWT untuk terus memakai hijab kerana saya pun bukan muda,” ujarnya.





Sheeda atau Rashidah Hamid berkata, dia sangat bersyukur hidayah memakai hijab akhirnya diperoleh.

Selain itu, Sheeda berkata dia sangat terkesan dengan video tularnya di laman sosial baru-baru ini.

“Saya meminta maaf kepada netizen dan peminat di atas apa berlaku termasuk akan lebih berhati-hati nak memuat naik apa saja di laman sosial.

“Meskipun, ia akaun IG sendiri tetapi saya perlu lebih hati-hati menggunakan laman sosial sebaiknya.

“Dengan apa yang berlaku banyak pengajaran saya peroleh dan terima kasih diucapkan,” katanya.

Untuk perkembangan karier nyanyiannya, Sheeda akan muncul dengan single duet Bila Jatuh Cinta - I Love I Miss U bersama penyanyi Intan Maya.

Post a Comment

Previous Post Next Post