Kos CGI Filem Pulang telan belanja RM2 juta


Gandingan pertama Remy Ishak dan Puteri Aishah.

Filem epik lakonan Remy Ishak dan Puteri Aishah iaitu Pulang mempertaruhkan bajet yang besar iaitu lebih RM6 juta.

Menurut Pengurus Besar Filem dan Drama Primeworks Studios, Nor Shahila Harun, ia termasuk hasil kesan khas imej janaan komputer (CGI) yang dibuat di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) berjumlah RM2 juta.

"Kos keseluruhan untuk menghasilkan filem Pulang ini sebanyak lebih RM6 juta disebabkan penggunaan kesan khas CGI yang banyak.

"Pihak kami sangat teruja dan berbesar hati mendapat CGI yang berinovasi oleh Basecamp VFX dan geran daripada Finas sebanyak RM2 juta.


Penggunaan CGI yang banyak dapat menarik penonton.

"Filem ini membawa lebih 500 pelakon tambahan dan ia juga merupakan filem Malaysia pertama yang mempamerkan sejarah kelasi di sini," katanya.

Malam gala filem Pulang telah diadakan di GSC Pavillion, di sini pada Selasa lalu.

Dalam pada itu, pelakon Azrel Ismail memberitahu pemilihan barisan pelakon filem itu juga berdasarkan uji bakat yang dilakukan.

Sebelum menjalani penggambaran, mereka turut menghadiri kelas lakonan dari Fatimah Abu Bakar bagi menjiwai watak masing-masing.






Azrel Ismail melakonkan watak Omar ketika dewasa.

"Para pelakon filem Pulang terdahulu menghadiri sesi uji bakat sebelum ditawarkan untuk berlakon.

"Malah sebelum penggambaran, pelakon-pelakon ada menghadiri kelas lakonan dari Fatimah Abu Bakar selama dua bulan," ujarnya.

Filem arahan Kabir Bhatia ini dihasilkan berdasarkan kisah benar tiga generasi Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Datuk Ahmad Izham Omar.

Barisan pelakon terdiri daripada Remy Ishak, Puteri Aishah, Azrel Ismail, Erwin Darson, Datuk Jalaluddin Hassan dan Juliana Evans.


Barisan pelakon filem Pulang bakal bertemu penonton pada 26 Julai depan.

Pulang mengisahkan kedukaan seorang lelaki berasal dari Serkam (sebuah perkampungan nelayan di Melaka) iaitu Othman yang berlayar ke serata dunia.

Othman (lakonan Remy Ishak) ingin mengubah nasib keluarganya yang hidup dalam kesempitan dan terpaksa meninggakan isteri Che Thom (Puteri Aishah) dan anaknya, Omar (Azrel Ismail).

Filem yang memaparkan beberapa buah lokasi terkenal yang berbeza termasuklah di Melaka, Hong Kong, Okinawa, Kepulauan Jeju dan Liverpool, England.

Penggambaran filem epik terbitan Primeworks Studio ini menjalani penggambaran pada dua tahun lalu dan bakal bertemu penonton pada 26 Julai ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post