Haiza Tiada maknanya guna kabel


Penyanyi dan penyampai radio KOOLfm, Haiza mengakui hubungan baik dengan Menteri Besar Selangor Amirudin Shari bukan jalan mudah untuk mendapatkan tawaran mengadakan persembahan dalam program anjuran kerajaan negeri Selangor.

Sebaliknya, beliau sentiasa mengikut prosedur sama dilalui oleh artis lain sekiranya dijemput mengadakan persembahan oleh kerajaan terutama di Selangor.

“Memang kami sekelas dan satu sekolah ketika di Benut, Pontian Johor. Tak dinafikan kami memang rapat ketika zaman sekolah. Apabila sudah dewasa, kami jarang berjumpa, namun sering berhubungan menerusi telefon.

“Setiap kali saya buat majlis Rumah Terbuka Aidilfitri, dia pasti akan dijemput dan tahun lalu, Yang Berhormat Amirudin turut datang.

“Walaupun berlainan bidang, kami sentiasa menyokong kerjaya antara satu sama lain,” katanya kepada Harian Metro.

Haiza ditawarkan menjadi pengacara untuk majlis Rumah Terbuka kerajaan Negeri Selangor pada 24 Jun lalu di Shah Alam dan pemilihannya dikatakan kerana hubungan baiknya dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua itu.





“Berkenaan dengan program itu, ia berlangsung secara profesional. Saya sudah tiga tahun terbabit dengan program Aidilfitri Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Semua proses ini dibuat menerusi ejen sama seperti yang dilalui oleh artis lain. Tiada istilah guna kabel dan pelbagai lagi.

“Kalau nak guna kabel, saya ada kenal orang yang lagi besar dan rapat tapi apabila membabitkan kerja, kami bersikap profesional dan saling hormat kerjaya masing-masing,” katanya.

Katanya, tawaran itu sebenarnya sudah lama dibuat ketika Amirudin belum dipilih menjadi Menteri Besar.

“Saya dan ejen ‘deal’ tawaran ini sebelum Ramadan lagi. Sepanjang rapat dengan YB Amirudin pun, dia tak pernah tanya langsung berkaitan show dan sebagainya,” katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post